IklanBanner

Sunday, September 13, 2009

Gilakeape Spiderman?

Jika anda membaca alamat blog saya. Tentu saja anda tertanya? kenapa mesti gilakeape dan pernahkan ada orang mengatakan sedemikian kepada anda? Blog Gilakeape adalah milik seorang insan yang lebih dikenali sebagai Net dikalangan rakan2. Seorang yang mempunyai karakter yang boleh dikatakan gilakeape ;P kerana suka melakukan perkara pelik yang jarang dibuat orang.
Tujuan blog ini ditulis adalah untuk berbagi ilmu dan juga ketenangan jiwa. Ketenangan dapat dicapai salah satunya adalah dengan berkongsikan sesuatu untuk manfaat bersama. Ianya tidak semestinya berbentuk kebendaan semata. Ianya mungkin sesuatu yang boleh memberi keceriaan, pengetahuan, panduan kepada orang lain. Sesuatu yang tidak ternilai bagi mereka yang tahu menilai.

Jika orang mengatakan anda dengan pertanyaan gilakeape atas sesuatu yang anda lakukan, apakah reaksi anda? kecewa, marah, sedih...? Blog ini akan memberi anda panduan bagaimana untuk mempercayai diri anda untuk terus percaya dengan apa yang anda percaya di dalam diri anda. Jika anda percaya anda BOLEH lakukan dan BERJAYA, pedulikan apa orang kata. Percayalah anda tidak akan berjaya dengan mempercayai orang lain pokok pangkalnya kejayaan itu datangnya dari kepercayaan kepada diri anda sendiri.

Mampukah Alain Robert (Spiderman Perancis) berjaya untuk memanjat hingga ke puncak menara berkembar Petronas jika dia tidak mempunyai kepercayaan kepada dirinya sendiri? Mungkin anda bertanggapan apa yang beliau lakukan kerja gilakeape kerana ia boleh mengancam nyawa. Alain Robert terbukti berjaya meyakinkan dunia dan mereka yang tidak mempercayainya bahawa beliau adalah seorang wira. Wira sejati dari dunia fantasi menjadi realiti (Spiderman). Beliau menjadi contoh teladan atas sifat keberanian, percaya pada apa yang beliau yakin serta matlamat yang jelas mampu mencipta kejayaan. Jika Alain Robert manusia biasa BOLEH, anda juga bisa!.


Stumble Delicious Technorati Twitter Facebook Facebook Stumble Delicious Technorati Twitter Facebook Twitter Facebook

Anda Tentu Saja Suka Artikel Saya yg Lain:

Comments :

0 comments to “Gilakeape Spiderman?”


Post a Comment