Berketurunan Melayu JaKel. Singkatan dari Melayu campuran (Jawa + Kelantan). Kalau hendak dikira sepatutnya saya boleh dikatakan anak jawa kerana ayah berdarah jawa. Oleh kerana saya hanya boleh bertutur loghat Melayu kelate maka hilanglah jatidiri bangsa jawa saya. Nek tak njeke' ngomong jowo sitik2 esek iso. (abaikan ayat di sebelah jika kureng paham). Ini kerana saya lebih berat alik Mak saya (Kelantan). Anak mak ler katekan. ;P
Mempunyai 2 karakter. Adakala saya sorang yg pendiam xbanyak bicara dan ada ketika bertukar menjadi sorang yg boleh dikatakan gilakeape? mamat sekor nih?. Hehe.. ;P. Ibarat kata pepatah hanya sagu kenal manikam. Mereka yg baru kenali saya akan bertanggapan saya agak tidak mesra dan kurang bercakap tapi sebenarnya saya adalah sorang yg mudah tersenyum manis dan boleh diajak melepak panjang. kui2... Sorang yg terlalu banyak bercakap & kadang2 terover sehingga sukar dipercayai. ;P
Saya adalah seorang yang berjiwa patriotik agak tinggi. Benci melihat golongan hipokrit yg sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara demi kepentingan diri. Juga benci dengan golongan yg suke berpoya2 dan membuang masa. Pengalaman berjumpa ramai mereka yg berjaya ada diantaranya masih muda belia tetapi disebabkan tahap kecelikan yg kurang dalam bisnes, politik dan agama membuatkan kejayaan hanya sementara buat mereka. Faktor ini membuatkan ramai peniaga Melayu gagal setelah berjaya.
Pengalaman dalam bisnes. Saya bukanlah sorang yg berjaya dalam bisnes. Saya hanya seorang anak kepada seorang peniaga yg berjaya satu ketika dahulu. Itu dulu punya cerita. Pernah menjadi pengurus kepada bisnes yang dijalankan keluarga disamping membuat bisnes sendiri. Pernah menjalankan bisnes kecil2an bukan korporat biz antaranya servis telekomunikasi, komputer & multimedia, pengiklanan, makanan, jualan langsung, kontraktor am dll. Mempunyai pengalaman melihat jatuh bangun perniagaan dikalangan rakan2. Ianya menjadi catatan ilmu terpenting dalam hidup saya utk membina & memajukan semula bisnes pada masa depan.
Minat dalam komputer. Kepakaran saya dalam bidang komputer adalah buat duit dengan komputer (bukan internet). Saya masih baru dalam internet bis. Walaupun saya telah mula berbloging sejak dari 2006. Saya agak rugi & ketinggalan kerana saya tidak fokus pada dunia internet ketika itu. Ilmu buat duit dari komputer yg saya maksudkan tadi ialah saya menjalankan servis komputer & multimedia cthnya spt upah taip & cetakan kertas kerja, tempahan kad undangan & biz kad, baikpulih & tingkat prestasi komputer, servis internet dll. Kepakaran paling tinggi dalam komputer, saya = seorang ExperType ;P. Perancangan saya dalam komputer bis, saya ingin mengadakan tutor training di tempat saya mengajar orang berbloging sambil berbisnes.
Sekarang ini menjalankan bisnes makanan di kg kelahiran saya di Rantau Panjang, Klang. Anda dijemput datang ke kedai makan kami untuk nikmati menu masakan (TomYam, Nasi Lemak, CharKueTiaw Penang) sambil nikmati Internet PERCUMA!.













Comments :
0 comments to “Unfamous.Blogger”
Post a Comment