|
|
Dunia internet adalah satu dunia maya yang amat luas. Umpama lautan saujana mata memandang dimana di dalamnya terkandung bermacam2 perkara yang boleh dikongsi. Di sini saya ingin mengajak sesiapa jua yang berkunjung ke laman ini untuk kita berkongsi dan bertukar link tanpa had. Saya ingin mencari seramai mungkin kenalan di dunia maya ini untuk berkongsi apa saja. Jika berkelapangan saya akan mengunjungi laman anda kembali. Dianggarkan di Malaysia saja terdapat kira-kira 500 ribu bloger. Matlamat saya jika boleh saya mahu setiap rakyat Malaysia memiliki 1 blog setiap seorang. Barulah tahap kecelikan maklumat pada setiap orang dapat dicapai terutamanya golongan bumiputera yang selalu sahaja ketinggalan dalam banyak bidang. Harapan saya agar kaum bumiputera tidak mudah tertipu, ditipu dan dibodohkan walaupun oleh bangsanya sendiri. Kita harus sedar dan mulakan satu langkah baru ke hadapan dengan melakukan sesuatu lain dari yang lain barulah kita dapat melangkah maju ke hadapan bukan ke belakang. Hentikan sikap hanya pandai bercakap, bersembang panjang & mengata sana-sini. Mulakannya sekarang!. Let's all Malaysian be Bloger!. |













Comments :
0 comments to “Bergabung”
Post a Comment